Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi M.E.T bersama-sama Palang Merah Indonesia, dan Tim Bantuan Medis FK-USU (T.B.M) berjaya mengelolakan Program Derma Darah di Ruangan Prof. Ildrem pada 29 Oktober 2009 yang lalu dengan tema "Blood for life".
Program ini bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan transfusi darah antaranya wanita yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talasemia, pesakit leukemia, pesakit haemofilia, individu yang mengalami masalah anemia, mangsa kebakaran, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah, bayi yang perlu menjalani pertukaran darah, mangsa demam denggi dan dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
Selain daripada itu menderma darah juga secara tidak langsung, dapat membantu mengelak badan mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin, serta berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka
Sepanjang perjalanan Program Derma Darah kali ini, ramai peserta yang terdiri dari ahli Tim Bantuan Medis, Kesatuan Kebudayaan India Malaysia (KKIM), dan Kesatuan Kebudayaan Cina Malaysia (KKCM) menawarkan diri untuk menjadi penderma darah.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar Indonesia di FK USU dan petugas-petugas dari organisasi
setempat.
Terima kasih dan tahniah M.E.T ucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti program ini. Kepada peserta yang tidak berjaya menderma darah, dapat mencuba lagi pada Program Derma Darah yang akan dikolalakan oleh M.E.T di masa akan datang.
Untuk melihat gambar sila klik disini.
2009-10-30
2009-10-29
Mari menderma darah bersama MET dan TBM di bawah kelolaan PMI
• FAEDAH-FAEDAH MENDERMA DARAH:
– Memberi darah kepada yang memerlukan
– Menyelamatkan nyawa
– Boleh membakar kalori yang berlebihan dan mengawal kadar kolestrol
– Boleh membuang lebihan besi di dalam badan
– Membuat amal jariah
Contact Person:
Redzuan (FK 07) - 081933224211
Kasthooribhae (FK 07) - 081534972851
2009-10-28
Vital Signs
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan bantuan nya, MET sekali lagi berjaya mengadakan Program Vital Signs yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Ruang Praktikum Fisiologi, FK USU.
Kami, dari MET mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta dan fasilitator kerana memberikan sambutan yang hangat kepada program ini.
Semoga segala ilmu yang anda dapati di dalam program ini akan memberi manfaat kepada anda.
Sekian dari kami, MET.
"Teruskan sokongan anda kepada MET"
Untuk melihat gambar sila klik di sini.

2009-10-01
Annual General Meeting Report & Happy 2nd Anniversary, MET!!!
Salam.
Thank you for those who had come to the M.E.T 3rd Annual General Meeting.
For the result of the election click here.
Other than doing the elections, portfolios are given to each subcommittee for a more organized MET.
Keep on supporting MET!
more pictures? --> click the Picture Albums link.

Subscribe to:
Posts (Atom)