Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pada 9 Mei 2010 M.E.T akan mengadakan program bakti sosial di Panti Asuhan Acheh Sepakat. Sesiapa yang berminat sila hubungi:
CONTACT PERSON :
AMIR (FK o8) – o858318553o3
NOR ‘AINI (FK o8) – o83168874897
BISYRUN (FK o8) – o8786812o1o7
YURAN : Rp 30 ribu (Pengangkutan & Makan pagi +... siang disediakan)
PERHATIAN:
1. Penyertaan adalah TERHAD. Siapa cepat dia yang dapat…
2. Bersama-sama lah kita berbakti..jangan sia-siakan skill + knowledge anda!!
3. Segala maklumat tambahan akan diberitahu dari semasa ke semasa..
4. Pendaftaran dan segala pertanyaan boleh diajukan kepada nama-nama di atas..
2010-04-29
Derma Darah bersama PMI dan TBM
Derma Darah bersama PMI dan TBM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi M.E.T bersama-sama Palang Merah Indonesia, dan Tim Bantuan Medis FK-USU (T.B.M) berjaya mengelolakan Program Derma Darah di Ruangan Prof. Ildrem pada 08 April 2010 yang lalu dengan tema "Blood for life".
Seperti program derma darah yang lalu, program ini bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan transfusi darah antaranya wanita yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talasemia, pesakit leukemia, pesakit haemofilia, individu yang mengalami masalah anemia, mangsa kebakaran, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah, bayi yang perlu menjalani pertukaran darah, mangsa demam denggi dan dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
Selain daripada itu menderma darah juga secara tidak langsung, dapat membantu mengelak badan mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin, serta berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka
Sepanjang perjalanan Program Derma Darah kali ini, ramai peserta yang terdiri dari ahli Tim Bantuan Medis, Kesatuan Kebudayaan India Malaysia (KKIM), dan Kesatuan Kebudayaan Cina Malaysia (KKCM) menawarkan diri untuk menjadi penderma darah dan tidak lupa juga mahasiswa FK USU yang berwarganegara Indonesia.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar Indonesia di FK USU dan petugas-petugas dari organisasi
setempat.
Terima kasih dan tahniah M.E.T ucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti program ini. Jumlah peserta yang dapat menderma darah adalah sekitar 70 orang dan jumlah peserta yang mendaftar sekitar 100 orang. Kepada peserta yang tidak berjaya menderma darah, dapat mencuba lagi pada Program Derma Darah yang akan dikolalakan oleh M.E.T di masa akan datang.
Gambar akan menyusul kemudian.
Teruskan menyokong kami dengan mengikuti program-program M.E.T pada masa akan datang.

2010-04-08
Program Bersama Orang Asli Selangor
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Pada 15 Januari 2010 yang lalu, MET dengan kerjasama ABIM Malaysia telah menganjurkan program cuti semester dengan tema "Program Bersama Orang Asli Selangor".
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan. Peserta program ini terdiri dari wakil USU iaitu seramai 11 orang (8 orang '07, 3 org '08), Skuad Prihatin dan Abim Selangor menghantar wakil seramai 10 orang. Sedangkan wakil dari Hospital Pakar Al-Islam seramai 7 orang, Pelajar UiTM dan UIA seramai 10 orang.
Setelah 3 hari berada di sana, akhirnya program ini sudah sampai ke penghujungnya. Kepada para peserta, terutamanya dari USU, kami dari MET mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa cuti semester anda untuk bersama kami. Semoga pengalaman dan ilmu yang ada dapati sepanjang program ini dapat mmberikan manfaat kepada diri anda.
Kepada yang tidak dapat hadir, jangan bersedih, anda masih dapat menyertai kami di dalam program seperti ini di masa yang akan datang.
Sekian dari kami, MET.
"Teruskan sokongan anda kepada MET"
Untuk melihat gambar sila klik di sini.

Malaysian Students' Charity Work II
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Pada 19 Desember 2009 yang lalu, MET sekali lagi telah berjaya mengadakan program yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap ahli MET setiap tahun iaitu Malaysian Students' Charity Work. Kali ini, program Malaysian Students' Charity Work telah berjaya dilaksanakan di Desa Pasi, Sidikalang dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Indonesia.
2 hari sebelum dilaksanakan program ini, pihak MET yang diketuai oleh saudara Masykurin telah berjaya menganjurkan latihan agar semua peserta dapat mempelajari teknik yang betul untuk melakukan proses pengkhitanan. Di samping itu juga, pembahagian kumpulan dan pengedaran tag nama peserta diedarkan.
Program Malaysian Students' Charity Work kali ini mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan yang dimaksudkan itu adalah, selain melakukan program pengkhitanan percuma, dilakukan juga pengubatan umum percuma kepada penduduk kampung. Selain daripada itu, lokasi dilakukan program ini agak sedikit berbeza kerana program ini dianjurkan di kawasan perkampugan yang terletak jauh di kawasan pendalaman yang tentunya berbeza dengan suasana di kampus USU mahupun kebanyakan tempat di tanah air kita, Malaysia.
Perjalanan ke Desa Pasi dari FK USU bermula pukul 9 pagi, 18 Desember 2009. Disebabkan perjalanan ke Desa Pasi memakan masa yang agak lama, para peserta diberi kesempatan sebentar untuk merehatkan diri dan menjamu selera di Brastagi. Bagi peserta lelaki yang beragama Islam, mereka menunaikan ibadah solat jumaat di Brastagi. Sedangkan bagi peserta lain, mereka dapat meluangkan masa untuk menikmati suasana di Brastagi serta diberi kesempatan untuk membeli-belah di sana.
Perjalanan ke Desa Pasi akhirnya dilanjutkan semula setelah semuanya sudah bersedia untuk melanjutkan perjalanan. Sekitar jam 6 petang WIB, semua peserta sudah tiba di Desa Pasi yang indah dan nyaman. Setibanya peserta disana, peserta disambut hangat oleh AJK kampung dan AJK kampung telah membuat kain sepanduk untuk menyambut kedatangan para peserta.
Apabila hari sudah berangsur malam, setiap peserta diberi cenderamata dan baju kemeja-T yang akan digunakan semasa program berlangsung keesokan harinya oleh AJK MET.
Keesokan paginya, program yang dinanti-nantikan akhirnya dimulai dan telah dihadiri oleh Ibu CAMAT serta penduduk kampung. Program ini dimulai dengan cara yang sangat meriah dan diwarnai dengan upacara adat penduduk kampung yang unik selain disertai bacaan berzanji yang dilakukan oleh orang kampung sendiri.
Sekitar jam 5 petang, akhirnya program Malaysian Students' Charity Work kali ke-2 ini sudah sampai ke penghujungnya. Seramai sekitar 50 orang telah berjaya dikhitankan dan sekitar 200 orang dari penduduk Desa Pasi telah mendapatkan perawatan umum dalam program ini. Setelah semuanya selesai, para peserta sudah bersedia untuk kembali ke Medan.
Pada awal subuh 20 Desember 2009, semua peserta sudah selamat kembali ke Medan. Kepada para peserta, MET mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah bersama-sama menjayakan dan menggerakkkan Program Malaysian Students' Charity Work kali ke-2 ini.
Semoga pengalaman dan ilmu yang anda dapati sepanjang program latihan serta dari program ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di masa akan datang.

2009-10-30
Derma Darah bersama PMI dan TBM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi M.E.T bersama-sama Palang Merah Indonesia, dan Tim Bantuan Medis FK-USU (T.B.M) berjaya mengelolakan Program Derma Darah di Ruangan Prof. Ildrem pada 29 Oktober 2009 yang lalu dengan tema "Blood for life".
Program ini bertujuan untuk membantu insan yang memerlukan transfusi darah antaranya wanita yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talasemia, pesakit leukemia, pesakit haemofilia, individu yang mengalami masalah anemia, mangsa kebakaran, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah, bayi yang perlu menjalani pertukaran darah, mangsa demam denggi dan dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
Selain daripada itu menderma darah juga secara tidak langsung, dapat membantu mengelak badan mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin, serta berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka
Sepanjang perjalanan Program Derma Darah kali ini, ramai peserta yang terdiri dari ahli Tim Bantuan Medis, Kesatuan Kebudayaan India Malaysia (KKIM), dan Kesatuan Kebudayaan Cina Malaysia (KKCM) menawarkan diri untuk menjadi penderma darah.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar Indonesia di FK USU dan petugas-petugas dari organisasi
setempat.
Terima kasih dan tahniah M.E.T ucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti program ini. Kepada peserta yang tidak berjaya menderma darah, dapat mencuba lagi pada Program Derma Darah yang akan dikolalakan oleh M.E.T di masa akan datang.
Untuk melihat gambar sila klik disini.

2009-10-29
Mari menderma darah bersama MET dan TBM di bawah kelolaan PMI
• FAEDAH-FAEDAH MENDERMA DARAH:
– Memberi darah kepada yang memerlukan
– Menyelamatkan nyawa
– Boleh membakar kalori yang berlebihan dan mengawal kadar kolestrol
– Boleh membuang lebihan besi di dalam badan
– Membuat amal jariah
Contact Person:
Redzuan (FK 07) - 081933224211
Kasthooribhae (FK 07) - 081534972851
2009-10-28
Vital Signs
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan bantuan nya, MET sekali lagi berjaya mengadakan Program Vital Signs yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Ruang Praktikum Fisiologi, FK USU.
Kami, dari MET mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta dan fasilitator kerana memberikan sambutan yang hangat kepada program ini.
Semoga segala ilmu yang anda dapati di dalam program ini akan memberi manfaat kepada anda.
Sekian dari kami, MET.
"Teruskan sokongan anda kepada MET"
Untuk melihat gambar sila klik di sini.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana dengan bantuan nya, MET sekali lagi berjaya mengadakan Program Vital Signs yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Ruang Praktikum Fisiologi, FK USU.
Kami, dari MET mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta dan fasilitator kerana memberikan sambutan yang hangat kepada program ini.
Semoga segala ilmu yang anda dapati di dalam program ini akan memberi manfaat kepada anda.
Sekian dari kami, MET.
"Teruskan sokongan anda kepada MET"
Untuk melihat gambar sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)