2010-04-08

Malaysian Students' Charity Work II

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Pada 19 Desember 2009 yang lalu, MET sekali lagi telah berjaya mengadakan program yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap ahli MET setiap tahun iaitu Malaysian Students' Charity Work. Kali ini, program Malaysian Students' Charity Work telah berjaya dilaksanakan di Desa Pasi, Sidikalang dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Indonesia.

2 hari sebelum dilaksanakan program ini, pihak MET yang diketuai oleh saudara Masykurin telah berjaya menganjurkan latihan agar semua peserta dapat mempelajari teknik yang betul untuk melakukan proses pengkhitanan. Di samping itu juga, pembahagian kumpulan dan pengedaran tag nama peserta diedarkan.

Program Malaysian Students' Charity Work kali ini mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan yang dimaksudkan itu adalah, selain melakukan program pengkhitanan percuma, dilakukan juga pengubatan umum percuma kepada penduduk kampung. Selain daripada itu, lokasi dilakukan program ini agak sedikit berbeza kerana program ini dianjurkan di kawasan perkampugan yang terletak jauh di kawasan pendalaman yang tentunya berbeza dengan suasana di kampus USU mahupun kebanyakan tempat di tanah air kita, Malaysia.

Perjalanan ke Desa Pasi dari FK USU bermula pukul 9 pagi, 18 Desember 2009. Disebabkan perjalanan ke Desa Pasi memakan masa yang agak lama, para peserta diberi kesempatan sebentar untuk merehatkan diri dan menjamu selera di Brastagi. Bagi peserta lelaki yang beragama Islam, mereka menunaikan ibadah solat jumaat di Brastagi. Sedangkan bagi peserta lain, mereka dapat meluangkan masa untuk menikmati suasana di Brastagi serta diberi kesempatan untuk membeli-belah di sana.



Perjalanan ke Desa Pasi akhirnya dilanjutkan semula setelah semuanya sudah bersedia untuk melanjutkan perjalanan. Sekitar jam 6 petang WIB, semua peserta sudah tiba di Desa Pasi yang indah dan nyaman. Setibanya peserta disana, peserta disambut hangat oleh AJK kampung dan AJK kampung telah membuat kain sepanduk untuk menyambut kedatangan para peserta.



Apabila hari sudah berangsur malam, setiap peserta diberi cenderamata dan baju kemeja-T yang akan digunakan semasa program berlangsung keesokan harinya oleh AJK MET.

Keesokan paginya, program yang dinanti-nantikan akhirnya dimulai dan telah dihadiri oleh Ibu CAMAT serta penduduk kampung. Program ini dimulai dengan cara yang sangat meriah dan diwarnai dengan upacara adat penduduk kampung yang unik selain disertai bacaan berzanji yang dilakukan oleh orang kampung sendiri.






Sekitar jam 5 petang, akhirnya program Malaysian Students' Charity Work kali ke-2 ini sudah sampai ke penghujungnya. Seramai sekitar 50 orang telah berjaya dikhitankan dan sekitar 200 orang dari penduduk Desa Pasi telah mendapatkan perawatan umum dalam program ini. Setelah semuanya selesai, para peserta sudah bersedia untuk kembali ke Medan.

Pada awal subuh 20 Desember 2009, semua peserta sudah selamat kembali ke Medan. Kepada para peserta, MET mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah bersama-sama menjayakan dan menggerakkkan Program Malaysian Students' Charity Work kali ke-2 ini.

Semoga pengalaman dan ilmu yang anda dapati sepanjang program latihan serta dari program ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di masa akan datang.

Sekian dari kami, MET.

"Teruskan sokongan anda kepada MET"

Untuk melihat gambar sila klik di sini.

No comments: