2010-04-08

Program Bersama Orang Asli Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Pada 15 Januari 2010 yang lalu, MET dengan kerjasama ABIM Malaysia telah menganjurkan program cuti semester dengan tema "Program Bersama Orang Asli Selangor".




Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan. Peserta program ini terdiri dari wakil USU iaitu seramai 11 orang (8 orang '07, 3 org '08), Skuad Prihatin dan Abim Selangor menghantar wakil seramai 10 orang. Sedangkan wakil dari Hospital Pakar Al-Islam seramai 7 orang, Pelajar UiTM dan UIA seramai 10 orang.



Setelah 3 hari berada di sana, akhirnya program ini sudah sampai ke penghujungnya. Kepada para peserta, terutamanya dari USU, kami dari MET mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa cuti semester anda untuk bersama kami. Semoga pengalaman dan ilmu yang ada dapati sepanjang program ini dapat mmberikan manfaat kepada diri anda.


Kepada yang tidak dapat hadir, jangan bersedih, anda masih dapat menyertai kami di dalam program seperti ini di masa yang akan datang.

Sekian dari kami, MET.

"Teruskan sokongan anda kepada MET"

Untuk melihat gambar sila klik di sini.

1 comment:

amy emyla said...

waah..best nye korang!
sape lg doktor yg ikut selain dr wan??
ms akak p aritu xde la rmai cmni...